Saturday, August 13, 2011

PELANCONGAN DI MALAYSIA



Malaysia adalah salah sebuah Negara yang tercantik di dunia dimana kebudayaan, alam semulajadi dan persekitarannya sungguh indah dan unik membuatkan para pelancong mengaguminya. Hutan hujan tropika, kejernihan air laut dan terumbu karang dengan pantainya yang landai serta sungainya yang bersih dan jauh dari sebarang pencemaran membuatkan pelancong terpesona dengan keindahan negara kita.


Malaysia memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik. Pihak Kerajaan dengan bantuan sector swasta telah melaksanakan beberapa projek mega bagi meningkatkan lagi bilangan kehadiran pelancong di negara kita. Disamping itu juga program penggalakkan pelancongan tempatan telah diadakan olej Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dengan kerjasama stesyen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7 dan NTV9 yang banyak membantu mempromosikan tempat dan destinasi menarik bagi kunjungan pelancong samada di dalam dan luar Negara.


Tahun Melawat Malaysia 2011 adalah salah satu usaha kerajaan untuk menaikkan nama Malaysia agar lebih dikenali dimata dunia sebagai sebuah Negara yang aman dan kaya dengan tempat-temapt menarik. Ini terbukti bahawa industry pelancongan mampu memberi pulangan yang baik kepada Negara dimana Negara telah mencatatkan sebanyak RM 21,291.1 juta (2003), RM 29,651.4 juta (2004) manakala RM 31,954.1 juta diperolehi pada tahun 2005. 


Jumlah ini dijangka terus meningkat dari tahun ke tahun berdasarkan prasarana dan promosi yang hebat dari semua pihak. Ini juga membuktikan bahawa Malaysia adalah salah sebuah Negara yang menarik dan menjadi destinasi utama dari kacamata pelancong dari seluruh dunia.